Profil Syarikat Oval Enterprise
Syarikat Pemberi Pinjam Wang Berlesen (PPW) yang diyakini, telus, dan sah di sisi undang-undang Malaysia.
Mengenai Kami
Oval Enterprise merupakan sebuah institusi kewangan berlesen penuh yang berdaftar di Malaysia. Fokus utama kami adalah menyediakan jalan penyelesaian yang realistik dan berstruktur bagi individu yang berhadapan dengan keperluan aliran tunai yang mendesak.
Sebagai sebuah entiti yang dikawal selia secara ketat, kami menolak sepenuhnya sebarang amalan pinjaman kewangan yang tidak beretika. Kami percaya pada struktur pembayaran balik yang jelas, berpandukan garis panduan perlindungan pengguna untuk memastikan anda tidak terbeban dengan kos yang tidak munasabah.
Komitmen & Integriti Kami
- Pematuhan Akta: Beroperasi secara sah di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, di pantau oleh KPKT.
- Kadar Faedah Ditetapkan: Kadar Peratusan Tahunan (APR) maksimum terhad kepada 18% setahun. TIADA caj tersembunyi.
- Polisi Sifar Yuran Pendahuluan: Kami tidak pernah dan tidak akan meminta wang pendahuluan (Upfront Fee) sebelum pinjaman disalurkan.
- Perlindungan Privasi: Data pelanggan dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
Pengesahan Lesen KPKT
Maklumat pendaftaran berikut membuktikan legitimasi perniagaan kami sebagai pemberi pinjaman yang sah.
Nama Entiti Berdaftar (SSM)
OVAL ENTERPRISE
No. Pendaftaran Syarikat (SSM)
199403027524 (IP0096727-T)
No. Lesen KPKT
WL1269/10/01 - 11/061026
Tempoh Sah
07/10/2024 hingga 06/10/2026
No. Permit Iklan
WP1269/10/01-6/061026
Tempoh Sah
07/10/2024 hingga 06/10/2026
Kunjungi Pejabat Kami
Untuk urusan yang lebih telus, kami amat mengalu-alukan kedatangan anda ke premis fizikal kami untuk sesi perundingan secara bersemuka.
Oval EnterpriseNo.37A (Tingkat 1), Jalan Utas B 15/B,
Seksyen 15, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
info@ovalenterprise.com | oval8933@gmail.com